Selasa, 9 April 2013

IKAN TONGKOL MASAK MERAH DARI TIRAI KAMAR

Ini resepi IKAN TONGKOL MASAK MERAH DARI TIRAI KAMAR

cubalah....

bagi sape2 yang minat makan ikan tu bolehlah cuba resepi ini...

senang je nak buat..

kalau ada ape2 pertanyaan bolehla nyatakan kat bawah ye..hehehe..




BAHAN-BAHAN
BAHAN A
IKAN TONGKOL SIAP BERSIH
GARAM
ASAM KEPING
SEDIKIT AIR

BAHAN B 
CILI BOH
BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH DAN HALIA (DIKISAR)
SERAI (DITITIK)
GARAM
GULA
SEDIKIT AIR
SEDIKIT MINYAK
SEHELAI DAUN PANDAN (JUST NAK BAGI WANGI..TAK LETAK PUN XPE...)

CARA-CARA
MASUKKAN KESEMUA BAHAN A KE DALAM PERIUK DAN REBUS SEHINGGA MASAK.
KEMUDIAN IKAN TONGKOL DIGORENG. 
MINYAK GORENGAN IKAN JANGAN DIBUANG YE..
KEMUDIAN, TUMISKAN CILI BOH SEHINGGA GARING..
KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN KISAR, SERAI DAN TUMIS LAGI SEHINGGA GARING DAN PECAH MINYAK.
MASUKKAN SEDIKIT AIR SUPAYA TIDAK TERLALU KERING..
MASUKKAN AIR LEBIHAN REBUSAN IKAN TADI KE DALAM KUALI UNTUK MENDAPATKAN RASA MANIS KUAHNYA..
MASUKKAN GARAM, GULA, DAUN PANDAN DAN IKAN TONGKOL YANG DAH DIGORENG TADI..BIARKAN SEKETIKA DENGAN API PERLAHAN..
MASAK SEHINGGA KUAH PEKAT DAN ANDA BOLEHLA HIDANGKAN..

MUDAH DAN RINGKAS...^_^





SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA...BOLEH LA MAKAN BERSAMA NASI LEMAK TERENGGANU DAN NASI PUTIH...
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan